Monday, October 12, 2009

PENGENALAN PROJEK TERNAKAN CACING


VERMICOMPOST

Industri ternakan cacing bagi penghasilan baja organik vermikompos di Malaysia semakin berkembang. Di semenanjung Malaysia telah ramai yg melibatkan diri dalam bidang ternakan cacing. Beberapa syarikat tempatan sudah mula meluaskan pasarannya ke Sabah & Sarawak. Hasil utama ternakan cacing adalah baja organik vermikompos. Cacing berfungsi sebagai agen pengkomposan sisa buangan organik & hasilnya akhirnya adalah baja organik bermutu tinggi, iaitu vermikompos yang terdiri dari tahi cacing ( vermicast ) & sisa kompos yg diuraikan oleh mikrob. Baja vermikompos kaya dengan humus, unsur makro & mikro nutrien yg diperlukan oleh tanaman & mengandungi 1000 kali mikrob lebih dr tanah biasa.
Cacing juga sesuai dijadikan makanan tambahan ( supplement ) utk haiwan ternakan kerana mempunyai kandungan protein & asid amino yg tinggi. Nisbah 'makanan:tambahan berat badan' haiwan ternakan menjadi lebih baik. Di negara China, cacing telah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Selain itu cacing juga digunakan bagi tujuan kosmetik & farmaseutikal.
Usaha orang ramai menggunakan baja organik dalam industri tanaman masih kurang khususnya di Malaysia. Salah satu penyebab perkara ini berlaku adalah masalah kekurangan sumber bahan organik secara berterusan. Penghasilan baja organic yang kurang dalam Negara secara tidak lansung meningkatkan harga bahan ini dipasaran disebabkan permintaannya yang tinggi. Teknik penghasilan baja kompos dari pemeliharaan cacing bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada petani –petani berskala kecil bagi menambah pendapatan tetapi juga dapat mengurangkan kos input pertanian yang diusahakan sendiri.

Penghasilan vermikompos secara besar-besaran pula dijangka mampu memulakan era baru dalam pertanian berhubung amalan pembajaan yang kurang kos, berkesan serta mesra alam. Walaupun pemeliharaan cacing bagi penghasilan baja kompos sudah mula aktif diusahakan namun pendedahan orang ramai khususnya Kawasan Muda masih kurang di kalangan petani-petani kecil. Usaha pihak MADA dalam mempromosi pemeliharaan cacing untuk penghasilan baja harus dijadikan contoh bagi memajukan industri pertanian di Malaysia.

Sahabat sekalian…bagi memudahkan pemahaman kita dalam indsutri ternakan cacing sebagai sumber pendapatan ini, kita mulakan dengan mengenali cacing yakni sebagai mesin penghasilan baja..


CACING TANAH

· 3,000 spesies dikenalpasti
· Berperanan besar dalam membaiki kesuburan tanaH
· Menukar sisa tumbuhan kepada humus (najis) (4.5 kg najis/cacing/tahun).
· Najis cacing yang kaya dengan nutrien (5-11 kali ganda N, P, K dibanding tanah Sekeliling.
· Lubang cacing mewujudkan pengudaraan tanah dan aliran air dalam tanah lebih baik

¨ Spesies “Temperate”
¡ Eisenia fetida (Cacing Harimau)
¡ Lumbricus rubellus (Cacing Merah)

¨ Spesies Tropika
¡ Perionyx excavatus (Cacing Biru)
¡ Eudrilus eugeniae (African Nightcrawlers)
Bagi mengenal dengan lebih dekat, saya jelaskan perbezaan jenis-jenis cacing yang terlibat dalam industri ini...



Eisenia fetida (Cacing Harimau/Tiger Worms)(Red Wigglers, Garlic worms, Manure worms & Brandling worms)



• Warna coklat karat berbelang kuning
• Panjang badan : 75 mm (80-120 segmen )
• Saiz kecil
• Tidak sesuai sebagai umpan pancing - bau
seperti bawang
• Kadar pembiakan: 10 / ekor / minggu.
• Bil anak/kokon = 3
• Masa penetasan dpd telur = 30 – 75 hari
• Masa menjadi dewasa = 85 – 150 hari
• Jangka hayat= 4.5 tahun

Lumbricus rubellus (Cacing Merah) (Blood Worms, Red Wiggler)[tetapi tidak sama dgn E.fetida




¨ Warna: Merah pekat (deep red) atau merah ungu (purple) di bahagian atas (dorsal), kuning cair (pucat)di bahagian bawah (ventral).
¨ Bentuk tubuhnya pipih
¨ Panjang badan: 75 mm (25-105 mm [Edwards and Lofty 1972](dewasa/membesar sepenuhnya)
¨ Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195 (Edwards and Lofty 1972).


Perionyx excavatus (Cacing Biru) (Indian Blue,Malaysian Blue,Tempatan,Spike Tail)




• Warna: Ungu tua(royal purple) di bahagian kepala dan merah pekat kecoklat di bahagian ekor.
• Berbentuk gilik (bulat), Panjang badan: 60 -150 mm (75 hingga 165 segmen)
• Kadar pembiakan: 19 / ekor / minggu.
• Bil anak/kokon = 1
• Masa penetasan dpd telur = 15 - 21 hari
• Masa menjadi dewasa = 30 - 55 hari

Eudrilus eugeniae (African Nightcrawlers)(Giant Nightcrawlers)
l Warna ungu muda/merah senduduk/merah samar seluroh badan
l Saiz (8”-12”)
l Klitelum: Segmen ke 14 – 18.
l Cacing Tropika (20-29 C)
l Kadar pembiakan: 7/ ekor /minggu
l Bil anak/kokon = 3
l Masa penetasan dpd telur = 15 - 30 hari
l Masa menjadi dewasa = 30-95 hari
l Idel untuk umpan cacing dan pemeprosesan protin





Sunday, October 11, 2009

Bicara Agrobisnes - Berbaloikah Pertanian Sebagai Sumber Pendapatan

A very great welcome to all may friends..


As someone who might know a little bit details about sub-agriculture, i just want to share knowledge and information..
I've seen a lot of blogs or website about 'pertanian suatu perniagaan' created within this years. I do read and study those site...there are certain great site which really share knowledge and need a comment from readers..so, i've decided to join this group- not to teach you all, only my support for opinion or at least tips about business in agriculture.

( sorry with my poor English....This is only the beginning.After this, check it out.... it will be well written in Malays i guess...hehe